5 Katil Jimat Ruang di Malaysia 2023

5 Katil Jimat Ruang di Malaysia 2023

Adakah bilik tidur anda mempunyai ruang yang terhad, kecil atau sempit? Tertanya-tanya bagaimana hendak menjimatkan ruang bilik tanpa membuang perabot lama yang masih elok atau menambah satu lagi bilik di rumah anda?

Ruangan bilik yang terhad di samping susun atur perabot yang berselerak dan tidak optimum sudah pasti menimbulkan rasa sesak kepada diri anda. Apatah lagi jika anda duduk sebilik bersama orang lain, sama ada dengan adik-beradik sendiri, rakan-rakan ataupun pasangan hidup anda. Jika anda adalah sepasang ibu bapa pula, anda pasti faham betapa pentingnya bilik anak-anak anda untuk mempunyai ruang yang sesuai untuk belajar, berehat dan bermain.

Bilik tambahan atau membuang perabot lama bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian untuk menjimatkan ruang rumah yang terhad. Dalam artikel ini, kami ingin mencadangkan alternatif lain, iaitu katil jimat ruang, sebagai solusi untuk dilema anda. Tidak kisahlah jika anda adalah seseorang yang sedang bekerja dari rumah, seorang pelajar sekolah/universiti, ataupun ibu bapa yang ingin menghiasi bilik anak anda, kami pasti pilihan yang kami paparkan dapat memenuhi keperluan dan kehendak anda untuk mempunyai ruang yang selesa untuk beristirahat serta optimum untuk bekerja atau belajar.

Katil Loteng SMÅSTAD dari IKEA – RM1,999 - RM2,534

Dengan katil loteng ini, anda akan dapat solusi yang lengkap untuk bilik anak anda. Kombinasi perabot ruang-pintar ini adalah termasuk katil loteng, meja berlaci, almari pakaian dan rak buku. Tangga boleh dipasangkan di sebelah kanan atau kiri katil. Meja pula boleh dipasang secara selari atau berserenjang dengan posisi katil. Pintu almari pakaian juga boleh diposisikan dari arah yang berbeza. Katil yang hanya mengambil ruang seluas 2m2 ini dapat menyediakan ruang yang optimum untuk anak anda tidur, belajar, bermain, dan relakskan diri!

Maklumat tambahan:

  • Dasar katil disertakan
  • Ketinggian minimum siling yang diperlukan: 240sm
  • Boleh di lengkap dengan pintu dan laci dalam warna yang berbeza. *Dijual berasingan

Lebar tilam: 90 sm

Panjang tilam: 200 sm

Tebal maksimum tilam: 20 sm

Tinggi: 182 sm

Tinggi di bawah katil loteng: 142sm

Lebar: 207sm

Dalam: 104sm

Panjang meja: 148sm

Lebar meja: 60sm

Tinggi meja: 73sm

Muatan maksimum: 100kg

 

Rangka Katil 2 Tingkat VITVAL dari IKEA – RM1,599

Set katil ini sangat sesuai bagi mereka yang duduk sebilik dengan adik-beradik atau rakan-rakan serumah. Perincian pada katil ini adalah sangat unik kerana mempunyai sisi panel fabrik yang mudah dipasang dan mempunyai getah tepi yang elastik. Walaupun pembinaannya ringan, katil ini sangat stabil dan mempunyai reka bentuk yang kemas. Set ini juga mempunyai katil gelangsar di bawah yang boleh ditarik keluar, sesuai untuk situasi di mana anda menjemput rakan anda untuk bermalam di rumah!


Maklumat tambahan:

  • Dasar katil disertakan.
  • Tilam dan linen katil dijual berasingan.
  • Beban maksimum menunjukkan berat statik, yang bermaksud, beban yang dapat ditanggung oleh katil jika anda baring atau duduk di atasnya.

Panjang: 207 sm
Lebar: 97 sm
Tinggi: 162 sm
Ketinggian bebas bawah perabot: 23 sm
Panjang tilam: 200 sm
Lebar tilam: 90 sm
Jarak antara katil: 91 sm

Maksimum berat: 100 kg


Katil Loteng dari EDV.IS Home Ideas – RM757.50 - RM3,130

Reka bentuk katil yang berkonsepkan jimat ruang ini adalah sesuai bagi mereka yang bujang ataupun berumah tangga. Terdapat tiga saiz yang sedia ada iaitu super single, queen dan king. Walau bagaimanapun, anda juga boleh membuat pesanan khusus saiz, ketinggian dan rekaan tangga mengikut kesesuaian ruang bilik atau rumah anda. Katil ini dapat menampung berat seramai tiga orang dewasa dan juga mudah dipasang. Ruang di bawah katil juga cukup luas untuk anda letakkan perabot-perabot anda seperti sofa, meja atau almari. Dengan rangka katil ini, anda tidak perlu lagi membuang perabot anda yang masih elok!

Maklumat tambahan:

Dimensi (P x L x T): 2 m x 1.5 m x 1.75 m

Saiz sedia ada:

Super single: 1.2 m x 2 m

Queen: 1.5 m x 2 m

King: 1.8 m x 2 m

Katil Loteng ALOHA dari NETHOME – RM504 - RM535

Katil loteng ini amat sesuai untuk mereka yang masih bujang dan pelajar universiti yang tinggal di asrama atau rumah sewa. Reka bentuk katil ini dilengkapi dengan meja dan rak buku untuk memaksimumkan penggunaan ruang bilik yang kecil. Pembinaan katil ini adalah daripada logam yang kuat dan mempunyai sokongan tambahan berbentuk segi tiga.

Maklumat tambahan:

  • Dimensi (P x L x T): 199 sm x 93.5 sm x 176 sm
  • Saiz katil: Single

Katil Tatami MX-114B dari Mixhome Design – RM 2,599

Rekaan katil ini adalah berkonsepkan tikar atau tilam tatami yang berasal dari Jepun. Katil ini mempunyai storan dalaman di tiga sisi katil. Storan dalaman ini bukan sahaja sesuai untuk anda menyimpan pakaian, cadar dan selimut, tetapi juga buku-buku, mainan dan pelbagai barangan hobi anda yang lain. Katil ini juga dilengkapi dengan meja sisi berlaci dan lampu hiasan di kedua-dua belah sisi kepala katil. Terdapat dua saiz sedia ada iaitu queen dan king Jika anda ingin menjimatkan ruang dan juga memenuhi estetika bilik seperti di Jepun, ini adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Maklumat tambahan:

Dimensi (Lebar x Diameter x Tinggi) mengikut saiz sedia ada:

217 x 228 x 109 sm (Queen)

247 x 228 x 109 sm (King)

Sekarang anda sudah tahu lima jenis katil jimat ruang yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ruang terhad di rumah anda. Tetapi, anda mesti ingin padankan katil pilihan anda dengan tilam yang sesuai, bukan? Oleh itu, teruskan membaca artikel ini, kerana kami akan memperkenalkan tilam yang paling selesa di Malaysia!

Tilam Hybrid dari ORIGIN RM 1,225 - RM 2,487

Tilam Hybrid berjenama ORIGIN ini mempunyai 6 lapisan berteknologi tinggi yang memberikan sistem sokongan padat untuk tidur yang lebih selesa. Tilam ORIGIN tidak mengendur kerana 6 lapisan tersebut diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi iaitu busa memori, lateks asli dan pegas (spring) poket. Mempunyai permukaan yang sejuk dan nyaman, anda pasti akan tidur lebih nyenyak tanpa berpeluh sepanjang malam walaupun bilik anda tidak mempunyai alat pendingin hawa!

Tilam hybrid ini juga mempunyai Teknologi Pemindahan Pergerakan Sifar yang akan menyerap pergerakan di atas tilam anda. Dengan adanya teknologi ini, tidur anda tidak akan terganggu walaupun terdapat pergerakan di atas tilam anda.

Sebagai makluman tambahan, pendaftaran paten Teknologi 6 Lapisan ORIGIN kini sedang diproses! Ini membuktikan bahawa Tilam Hybrid ORIGIN sememangnya dijamin berkualiti dan tahan lama! Terdapat empat saiz sedia ada untuk anda pilih iaitu single, super single, queen dan king!

Spesifikasi:

Single: 91 x 190 x 25.4 sm (25 kg)

Super Single: 107 x 190 x 25.4 sm (29 kg)

Queen: 152 x 190 x 25.4 sm  (41 kg)

King: 183 x 190 x 25.4 sm (50kg)

Apa tunggu lagi, dapatkan tilam hybrid idaman anda di sini

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4