Rangka Katil Murah di Malaysia 2023

Rangka Katil Murah di Malaysia 2023

Mencari rangka katil mampu milik mungkin sesuatu yang mudah tetapi mencari rangka katil yang murah dan berkualiti tinggi mungkin merupakan proses yang agak susah.

Jadi, anda cukup bertuah terjumpa artikel ini kerana kami telah menjelajah online untuk memberikan anda rangka katil terbaik yang bawah bajet RM400. Scroll ke bawah untuk temui rangka katil yang sesuai untuk anda!

GRIMSBU dari IKEA

.

.

Pertama sekali, kami mempunyai rangka katil keluli yang direka bentuk ringkas daripada IKEA. Rangka keluli bersalut serbuk ini sangat kukuh dan mudah diselenggara.

Ketinggiannya juga cukup rendah untuk anda meletakkannya di bawah tingkap dan cukup padat untuk dimuatkan dalam ruangan kecil. Malah terdapat ruang simpan di bawah katil sekiranya anda ingin meletakkan bakul linen di bawahnya.

Ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda yang suka katil penyelenggaraan rendah untuk tidur.

Harga: RM205 (Queen)

WENO Bed Frame dari Best World Collection

.

Satu lagi rangka katil yang direka bentuk cantik tapi praktikal, rangka katil kayu dengan laci di bawahnya ialah pilihan yang bagus untuk memaksimumkan ruang di dalam bilik anda.

Anda boleh menyimpan barang-barang anda, cadar dan linen di bawah katil anda dengan mudah.

Harga: RM259 (Queen)

Olive Swiss Bed Frame dari Finsso

.

Katil divan yang harganya tak sampai RM300? Biar betul! Rangka katil dari Finsso ini diperbuat daripada kayu Nyatoh dengan kepala katil bersalut kanvas yang lembut dan berkusyen, sesuai untuk anda bersandar selepas penat seharian.

Rangka katil ini mempunyai reka bentuk minimalis yang sesuai untuk dipadankan dengan hampir semua jenis perabot yang anda ada di ruang tidur anda.

Harga: RM293 (Queen)

Wooden Bed Frame dari Warm Lumber

.

Rekomendasi kami yang terakhir ialah katil dari Warm Lumber. Dibuat dengan kayu getah sepenuhnya, rangka katil ini mungkin pilihan yang kelihatan paling agung yang kami ada setakat ini!

Kukuh dan padat, rangka katil ini boleh menampung berat sehingga 300KG.

Jika anda mencari katil yang kelihatan jauh melebihi harganya, ini mungkin pilihan terbaik untuk anda.

Harga: RM350 (King)

Adakah kami berjaya bantu anda membuat pilihan yang paling tepat? Jika ya, kami betul-betul berbesar hati!

Tapi tunggu. Senarai ini belum berakhir.

Memandangkan kita telah selesai dengan senarai rangka katil, tiba masanya untuk beralih kepada tilam! Dan kami hanya ada satu pilihan saja untuk anda: 1 tilam sempurna.

Siapakah Origin Sleep?

.

Origin Sleep ialah sebuah syarikat inovatif yang berasal dari Jerman. Tilam hibridnya mempunyai banyak ciri sempurna dan luar biasa yang dijamin akan memikat anda.

Tilam Hibrid Origin direka dengan hebat dan mengambil kira kita sebagai rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja memberikan penjajaran tulang belakang yang optimum dan keselesaan yang hebat, tetapi ia juga dicipta dengan teknologi penyejukan unik yang memihak kepada iklim negara kita yang dapat dapat diramalkan langsung.

Ingin mencapai pengalaman tidur yang indah tanpa peluh? Pilih tilam yang mempunyai ciri penyejukan yang canggih!

Apa lagi yang ditawarkan Tilam Origin?

Tilam canggih ini menawarkan 6 lapisan keselesaan yang tiada tandingan yang sangat mewah, anda akan lupa sedang tidur di rumah sendiri. Anda akan mendapat akses kepada bahan berkualiti terbaik: foam memori, spring poket, dan lateks - semuanya digabungkan untuk dijadikan satu tilam yang sempurna.

Ciri-ciri penyejukan foam memori yang diselitkan gel adalah terbaik, kerana ia menghilangkan haba badan dan memberikan anda sensasi penyejukan.

Anda kini boleh menikmati tidur yang lena tanpa perlu risau tentang peluh malam yang tiada henti!

.

Untuk butiran yang lebih menakjubkan, ciri istimewa, harga dan kenapa ia merupakan tilam terbaik di pasaran, klik di sini.

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4