5 Set Katil Terbaik di Malaysia 2023

5 Set Katil Terbaik di Malaysia 2023

Anda jenis yang kuat berpeluh?

Sukar untuk tidur lena kerana masalah berpeluh sepanjang malam?

Sememangnya lumrah sebagai penduduk di Malaysia, kehidupan harian kita sentiasa terdedah dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Cuaca yang tidak menentu, terutamanya pada musim tengkujuh, akan menyebabkan anda berasa seolah-olah berada dalam sauna. Akibatnya, anda berasa tidak selesa untuk berehat dalam bilik sendiri kerana bahang panas yang melampau, terutamanya jika anda tidak memiliki pendingin hawa.

Oleh itu, pemilihan set katil yang sesuai adalah sangat penting untuk menangani masalah ini. Anda bukan sahaja memerlukan set katil yang melengkapi keseluruhan rupa bilik idaman anda, tetapi juga mampu merangsang peredaraan udara dan mengurangkan haba panas.

Dalam artikel ini, kami tampilkan 5 set katil di Malaysia, yang bukan saja mempunyai corak dan gaya menarik, tetapi juga memiliki ciri-ciri yang membantu anda untuk kekal nyaman biarpun di hari yang panas dan lembap.

Set Katil French Linen dari KAPAS LIVING - RM630.16 – RM1,059.13

Keluaran terbaru dari Kapas Living, Set Katil French Linen ini diperbuat daripada 100% linen flax buatan Eropah sebanyak 165 gsm. Dengan penjagaan yang betul, set katil ini mampu tahan lama dan tidak akan lusuh selama bertahun-tahun penggunaannya. Malah, fabriknya akan menjadi lebih lembut dan gebu dengan setiap cucian. Set katil ini juga sangat telap udara, membantu peredaran udara dari tubuh anda untuk memastikan tidur malam yang lena tanpa berpeluh! Set katil ini didatangkan dalam pelbagai pilihan warna neutral, sesuai bagi mereka yang inginkan suasana bilik yang moden, elegan dan lapang.

Spesifikasi:

Setiap set mempunyai 1 cadar, 1 sarung duvet dan 1-2 sarung bantal, manakala sarung bantal guling pula boleh ditambah semasa membuat pesanan dengan harga RM54.43 saja.

Cadar fitted:

Super King – 202 sm x 202 sm x 43 sm

King – 183 sm x 193 sm x 43 sm

Queen – 153 sm x 193 sm x 43 sm

Super Single – 110 sm x 193 sm x 35 sm

Single – 94 sm x 193 sm x 35 sm

Sarung duvet:

Super King – 260 sm x 230 sm

King – 240 sm x 210 sm

Queen – 210 sm x 210 sm

Single/Super Single – 150 sm x 210 sm

Sarung bantal dan bantal guling:

Sarung bantal standard – 50 sm x 75 sm

Sarung bantal guling – 37 sm x 107 sm

Untuk makluman anda, set keluaran terbaru ini masih lagi dalam peringkat pra-pesanan. Oleh itu, semua pesanan akan mula dihantar bermula 1 Mei 2023. 

Set Katil VITKLÖVER dari IKEA - RM80 – RM120

Set katil dari IKEA ini menampilkan corak checkered ringkas dan dwi-warna. Diperbuat daripada gabungan fabrik kapas dan viskosa yang lembut, set katil ini mampu meregulasikan suhu badan agar anda berasa nyaman dan bebas peluh sepanjang malam. Gabungan kapas/viskosa dengan kiraan benang sebanyak 152 inci ini bukan saja menawarkan ciri-ciri penyerapan lembapan yang luar biasa, tetapi juga memberikan kelembutan seolah-olah dipeluk awan. Rekaan dwi-warnanya membolehkan anda menggunakan kedua-dua belah muka mengikut rupa dan gaya bilik anda. Terdapat dua pilihan warna untuk anda pilih; putih/hijau dan putih/hitam.

Spesifikasi:

Kecil - 150 (L) x 200 (P)

Sederhana - 200 (L) x 200 (P)

Besar - 240 (L) x 220 (P)

Panjang sarung bantal: 50 sm

Lebar sarung bantal: 80 sm

Set Katil Holy Sheets™ dari  BEDDING AFFAIRS - RM160 – RM256

Diiringi dengan nama yang agak risque, koleksi Set Katil Holy Sheets™ keluaran Bedding Affairs ini diperbuat dengan 50% gentian polyamide dan 50% polyester, tahan kedutan dan dilengkapi dengan Artic Cool Technology™ untuk memberi anda tidur yang nyaman. Cadarnya juga sangat licin dan mewah ibarat sutera, memberikan keselesaan ekstra semasa tidur. Diperakui Oeko-TexⓇ, set katil ini adalah bebas toksin berbahaya, selamat untuk bayi anda. Anda akan menyukai kelembutan dan kebolehnafasan cadar ini, apatah lagi rintangan pengecutan dan daya serapnya. Bukan saja lembut pada sentuhan, cirinya yang telap udara menjadikan set katil ini tidak mudah mengecut walaupun beberapa kali di cuci. Set katil ini terdapat dalam pilihan warna Clay, Dolomite, Calcite dan Chalky.

Spesifikasi:

Setiap set cadar fitted mempunyai 1 cadar dan 1-2 sarung bantal saja. Sarung bantal guling boleh ditambah semasa membuat pesanan dengan harga RM41, manakala sarung quilt pula boleh ditambah dalam lingkungan harga RM176 - RM278 mengikut saiz yang anda pilih.

Set Cadar Fitted:

King - 183 sm x 193 sm x 40 sm

Queen - 153 sm x 193 sm x 40 sm

Super Single - 107 sm x 192 sm x 40 sm

Single - 92 sm x 193 sm x 40 sm

Sarung bantal - 74 sm x 48 sm

Sarung bantal guling - 107 sm x 37 sm

Sarung Quilt:

King - 245 sm x 212 sm

Queen - 212 sm x 212 sm

Super Single - 140 sm x 212 sm

Single - 140 sm x 212 sm

Set Katil PureBamboo™ Sheet dari GAIASHOME - RM249 – RM349

Cadar tenunan kepar ini menawarkan ketahanan ekstra tanpa mengurangkan keselesaannya. Diperbuat daripada 100% gentian PureBamboo™ yang terdiri daripada viskosa buluh dengan kiraan benang sebanyak 200, set katil ini memiliki tekstur lembut bak sutera mewah setanding cadar cotton yang mempunyai 1,000 kiraan benang. Selain telap udara, fabriknya juga adalah berciri hipoalergenik dan bebas daripada bahan toksik berbahaya menjadikannya sesuai bagi mereka yang berkulit sensitif. Tubuh anda akan kekal dingin biarpun tidak mempunyai pendingin hawa!

Spesifikasi:

Setiap set cadar fitted mempunyai 1 cadar, 1-2 sarung bantal standard dan 1 bantal guling manakala sarung quilt pula boleh ditambah semasa membuat pesanan dengan tambahan harga dalam lingkungan RM 130 - RM 160 mengikut saiz yang dipilih.

Set Cadar Fitted:

Super King - 200 x 200 sm + 43 sm

King - 180 x 190 sm + 43 sm

Queen - 150 x 190 sm + 43 sm

Super Single - 107 x 190 sm + 30 sm

Single - 90 x 190 sm + 30 sm

Sarung bantal - 48 x 74 sm

Sarung bantal guling - 38 x 110 sm

Sarung Quilt:

Super King - 230 x 260 sm

King - 220 x 240 sm

Queen - 200 x 230 sm

Super Single - 150 x 200 sm

Single - 150 x 200 sm

 

Set Katil Tencel Nano Silver dari Getha - RM579 – RM3,788

Set katil ini diperbuat daripada fabrik Tencel yang mempunyai mekanisme regulasi haba secara natural, menyerap kelembapan secara efisien dan memastikan anda kekal dingin, kering dan selesa sepanjang malam. Dilengkapi dengan teknologi Nano Silver yang menjadikannya antibiotik semula jadi untuk membasmi bakteria, virus dan kulat, set katil dari Getha ini menggalakkan persekitaran yang bersih dan sihat untuk anda dan keluarga.

Spesifikasi:

Terdapat dua set, iaitu set 4 helai (1 cadar + 1-2 sarung bantal + 1 sarung bantal guling) dan set 6 helai (1 cadar + 1 duvet + 1 sarung duvet + 1-2 sarung bantal + 1 sarung bantal guling) dan didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Champagne, Grey dan Light Blue.

Saiz sedia ada:

Single - 90 x 190 sm

Super Single - 106 x 190 sm

Queen - 150 x 190 sm

King - 180 x 190 sm

Gunakan set katil pilihan anda bersama-sama Tilam Hybrid ORIGIN!

Set katil yang cantik sememangnya penting sebagai penyeri bilik anda. Tidak dinafikan, set-set yang kami lampirkan sudah cukup untuk mengawal haba, tetapi anda juga memerlukan sokongan yang optimum dari tilam anda.

Memperkenalkan tilam hybrid dari Origin yang terdiri daripada 6 lapisan yang menggabungkan busa memori, spring poket dan lateks asli. Dengan teknologi CloudCoolTM  yang menerapkan cooling gel ke dalam busa memorinya, anda akan kekal dingin di hari yang panas meskipun berada di bilik tanpa pendingin hawa! Gabungan tilam ini dengan set katil pilihan anda sudah pasti menjaminkan tidur malam yang nyaman, selesa dan bebas peluh!

Di samping itu, dengan lateks AeroFlex, tilam ini cukup fleksibel untuk mengendur mengikut tubuh badan anda, memberikan sokongan yang kukuh walaupun tekstur tilam membuatkan anda seolah-olah berada di awang-awangan. Sudah pasti tubuh badan anda akan terpelihara dari sakit-sakit sendi dan tulang belakang.

Sudah ramai pengguna Tilam Hybrid ORIGIN yang telah memberikan testimoni mereka!

“Tidur malam yang selesa tanpa berpeluh.”

“Memberi sokongan lebih pada badan berbanding jenama lain.”

“Sakit-sakit sendi dan ketegangan leher yang semakin berkurangan.”

Inilah kata-kata yang dikaitkan dengan Tilam Hybrid ORIGIN!

Harga dan Saiz:

Single / 190 sm (P) x 91 sm (L) – RM 1,225.00

Super Single / 190 sm (P) x 107 sm (L) – RM 1,531.00

Queen / 190 sm (P) x 152 sm (L) – RM 1,839.00

King / 190 sm (P) x 183 sm (L) – RM 2,487.00


Tunggu apa lagi, dapatkan tilam idaman anda sekarang di Origin Mattress!

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4